SETIAP KESUKARAN DI DALAM KEHIDUPAN, KEMANAKAH KITA MENGHADAP

 KESUKARAN

Dikala berada di dalam ujian dan dugaanNya, dan pertolongan belum tiba, alangkah hati menunggu pertolonganNya dengan penuh pengharapan dan menanti bagai bulan jatuh ke riba.

Alangkah malang dan ruginya sebuah JIWA tidak meruntun JiwaNya kepada TuhanNya bagi meminta pertolongan. Akurlah kita bahawa HANYA DIA yang berhak dan HANYA DIA MAHA memberi PERTOLONGAN.

Apa jua yang kita hadapi walau sedetik berlalu dibelakang, sedetik yang berjalan dihadapan, atau sedetik lagi yang akan bakal terjadi yang akan datang, SEMUANYA tiada yang lain hanya Dia yang MELETAKKANNYA tanpa perlu persetujuan kita sebagai HAMBA.

Jadi dimana kita hendak katakan, kesusahan yang dahulu, kesukaran yang terkini, atau ujian yang akan datang adalah urusan kita?

URUSANNYA SEMATA-MATA

Lahawlawa, Tiada Tuhan selain Allah swt
Daripada DIA kita datang, Kepada DIA jua kita kembali

Daripada DIA segala kesukaran yang perlu kita tempuhi
Kepada DIA jua kita kembalikan urusan untuk DIA yang memberikan jalan penyelesaiannya.
Kerana URUSAN ITU ADALAH URUSANNYA. Jadi apakah layak kita letakkan permasalahan itu permasalahan kita?
Tetapi jangan tersalah meletakkan. Letakkanlah urusan yang kita lalui adalah urusan TUHAN semata-mata.
Insyaallah Dia jualah yang memberi petunjuk dan DIA yang memudahkan urusan tersebut. Alpa kita terhadap DIA, maka Alpa jualah DIA terhadap kita.

Comments

Popular Posts