Sunyi Tidak Berteman
Kesunyian hadir diwaktu keseorangan
Kesunyian hadir diwaktu kita memerlukan bahu untuk mendengar kesedihan
Kesunyian kehilangan Tuhan, yakni lupa akan Tuhannya, juga tercipta KESUNYIAN.
Jika kita merasakan kesunyian itu disebabkan kerana masih tidak mempunyai teman,Maka ingatlah, Tuhan masih belum memberi pasangan yang sesuai, atau masih belum ketemu siapa jodohnya atau apa-apa sahaja sebab munasababnya, kerana DIA ( Allah swt ) mempunyai sebab dan perancangan yang lebih indah yang tidak terjangkau dek akal kita sebagai manusia yang teramatlah sedikit pengetahuannya berbanding DIA yang ESA.
Jika kita merasa sunyi kerana tiada berteman disisi, maka BERDOALAH dan MENGADULAH kepada DIA. Hanya DIA selayak-layak tempat mengadu.
DIA yang mendatangkan rasa sunyi kepada kita,
DIA jualah yang mengisi kesunyian itu.
Tetapi mengisi kesunyian dengan apabila kita hampir dan dekat kepadaNya, yakni selalu berdoa dan dan mendekatinya, itulah SEBENAR-BENAR PENGISIAN.
Jika Tuhan kurniakan pasangan atau teman-teman, itu hanya kurniaan yang DIA beri pinjam dan ianya adalah SEBUAH HADIAH untuk memberi kita sebuah senyuman dan perhiasan kehidupan.
Dia juga tidak mahu kita di dunia ini keseorangan, bersedih, lalu berputus asa dengan KekuasanNYA sedangkan DIA MAHA PEMBERI.
Tetapi...
Tuhan MAHA BERKUASA menentukan apa jua takdir kita sebagai HAMBA
Tuhan MAHA BERHAK menentukan apa yang hendalk DIA kurnia
Tuhan MAHA MENGETAHUI jika kita adalah lebih baik berpasangan atau bersendiri walau hingga akhir hayat.
Jika kita masih berseorangan walau dilewat usia, INGATLAH
Jika TAKDIR telah menentukan kita berseorangan, ubahlah takdir dengan BERDOA.
Takdir hanya boleh diubah dengan BERDOA.
Allah swt jualah MAHA PEMBERI IZIN samada DOA yang kita pohonkan dimakbulkan atau tidak dimakbulkan.
Jika kita berhendakkan sesuatu atau di dalam tajuk ini, kita berkehendakkan pasangan untuk mengisi atau melengkapi kehidupan ini, BERDOALAH...
وَعَسَىٰ أَن تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ ۗ وَاللَّـهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
(QS. Al Baqarah: 216)
" Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran."
(Al-Baqarah [2] : 186 )
ٱدْعُوا۟ رَبَّكُمْ تَضَرُّعًا وَخُفْيَةً ۚ إِنَّهُۥ لَا يُحِبُّ ٱلْمُعْتَدِينَ
Maksudnya :
" Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas. "
(Al-A'raf : 55)
Comments
Post a Comment