Diperkecilkan

Diperkecilkan? 

Bersedih atau Bersabar?

Diperkecilkan amat memeritkan hati jika diperdengarkan oleh telinga apatah lagi berat jiwa untuk menahan dan menanggung beban kesedihan.
Diperkecilkan... Apakah ianya hanya mainan perasaan atau benar-benar diperkecilkan kerana kelemahan yang sememangnya wujud pada diri.

Jika benar ia hanya mainan perasaan HARUSLAH kita mencari alasan kukuh mengapa hasutan berlegar-legar di jiwa dan fikiran.
Maka dengan itu pantaslah kita sibukkan diri agar mainan perasaan itu pergi jauh-jauh jika benar DIPERKECILKAN itu bukanlah ditujukan kepada kita.

Apakah kita masih mahu terus jadikan diri kita mangsa dan bahan mainan perasaan dan membiarkan diri terus berada di dalam dilema dan terus membingung. 

Sedarlah bahawa jiwa kita membiarkan anasir luar terus menguasai diri tanpa ingin mengetahui siapa yang menguasai diri kita, maka kita akan gagal mengenepikan apa yang sedang terjadi. Makanya kita akan terus menerus dikuasai dan merunsing setiap masa dengan mempersalahkan diri sendiri, langsung tiada kejayaan yang mampu kita gapai kerana terus mengikut akan bisikan tersebut.

Kesannya diri tidak akan mampu mengubah kearah corak yang baru. 
Bangkit dan bangun menggapai satu pemikiran baru agar perasaan diperkecilkan itu tidak akan lagi singgah walau sekali.
Cukuplah sekali diperkecilkan, dan jika kita mahu perkara yang sama berulang setiap masa walau dimana jua, walau dalam dalam apa jua keadaan, maka teruslah berada ditakuk yang sama.

Bersabarlah wahai kalian...
Jika diperkecilkan tidakkah kalian tahu itu adalah satu MESEJ penting yang Tuhan ingin sampaikan bahawa UBAH diri kita dari takuk yang sama.

AMBIL perhatian setiap kali diperkecilkan, apakah sebenarnya yang disampaikan oleh orang tertentu.

Jika dia mengatakan "kau ni busuklah" maka apakah kita masih mahu membiarkan busuk itu bermain di fikiran dan terus menyalahkan orang tersebut kerana mengatakan diri kita ini berbau sedemikian??

GAGALlah kita jika kita menuding orang tersebut kerana kelemahan itu sedang kita tidak mahu mengubahnya. 

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (Surah Ar-Rad:11)

________________________________________________________________________


Apakah masih kita mahu menuding pada orang lain sedang kita tidak mahu mengubah kepada sesuatu keadaan yang lebih baik? 

Masih salahkan orang lain sedang kita sendiri masih tidak melihat apa yang kita pernah lakukan untuk mengubah diri kita?

Masih dalam pemikiran di takuk yang lama dengan menyalahkan sana dan sini?

________________________________________________________________________


Jika semua ciri-ciri di atas masih berada di dalam diri kita, cepatlah bangun wahai saudara saudari. Jangan apabila umur terus berjalan, kita masih tiada apa-apa perubahan. Teruskan perubahan walau sedikit asalkan kita terus berjalan mengubah apa yang perlu diubah.

Jangan putus asa. Terus memohon petunjuk dari YANG ESA jika buntu di perjalanan ini. 
Jangankan petunjuk, pertolongan demi pertolongan akan DIA beri jika kita berkehendakkan sesuatu, asalkan kita punya NIAT dan NIAT itu akan membantu untuk kita mengecapi apa yang dikehendakkan.

Moga semuanya bergantung dengan IZIN TUHAN.
Jika IZIN TUHAN kehendak tersebut, Tuhan jua yang memudahkan.

Tetapi jangan pula melampaui batas jika kehendak tidak menepati apa yang dikehendakkan seperti ayat dibawah cukup jelas.

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (QS. Al Baqarah: 216).


Sama-sama kita istiqomah agar kita beroleh kebaikan.


Komen di bawah pengalaman anda. Sama-sama kita istiqomah agar terus menjadi Hamba yang mengejar keberkatanNYA.

Ikuti Hakakcun untuk penulisan tentang hati dan motivasi.





Comments

Popular Posts