KepadaNYA kita MERATAP dan MERAYU dan DIA - lah yang UTAMA
Sedikit demi sedikit dugaan dan cubaan dalam menggoda kesabaran kita semua.
Kita hadapi jua walau ia sukar untuk di hadapi. Akan tetapi ia mungkin tidak sukar bagi orang yang menghadapi suatu ujian dan dugaan yang lebih hebat dari ini.
Aku tidak kuat menghadapi semua ini. Tidak punya kawan dan teman untuk berkongsi rasa, luahan sedih dan tekananku, hingga kadangkala ingin melepaskan diri di awanan. Tetapi itu semua bukan kehendaknya Ilahi untuk aku berbuat begitu kerana itu adalah sikap yang lemah yang Tuhan tidak gemar.
Tekanan dan lelahan dari dalam hati tak mampu diluahkan dan tiada siapa yang mampu mendengar. Luahan pun tidak menjadi suatu luahan, yang akhirnya ia hanya menjadi sebuah KEREDHAAN. Tiada yang mampu mendengar melainkan Tuhan Yang Maha Agung.
Diadukan kepadanya Tanpa DIA memberi kata tolak untuk tidak mendengar.
Dialah yang hanya Maha Mendengar setiap apa yang sedang aku hadapi, kerana DIA jualah yang mendatangkan ujian dan cubaan itu. Jadi apakah layak kita meminta dan merayu kepada yang lain??
Tidaklah mudah untuk pada kalian mempraktikkan hanya meluah kepada Tuhan pencipta Seluruh Alam, tetapi itulah sebenar-benarnya keadaan yang mana kalian harus dahulukan.
Diwaktu sedang keresahan kepadaNya kita mengadu
Diwaktu sedang kesedihan kepadaNya kita mengadu
Diwaktu sedang tertekan KepadaNya kita mohon kekuatan
Comments
Post a Comment