JODOH



JAUHKAN KERISAUANMU JIKA MASIH BELUM DIKURNIAKAN PASANGAN

Wahai insan yang bernama manusia yang masih belum dikurniakan pasangan hidup. Walau kalian sudah menjangkau umur 30an dan keatas jangan bimbang jangan ragu jika masih belum dikurnia pasangan.

Apakah kalian ragu dengan TuhanMu?
Bimbinglah hati kita agar tidak mendesak Dia yang Maha Esa mendesak dengan kehendak kita semua.
Kita tidak punya hak untuk mendesak dengan kehendak yang kita mahu kerana kita ini kerdil dan akui kita HAMBA kepada DIA.
Mendesak dengan BERDOA atau MERAYU ada dua keadaan yang berbeza.

Mendesak yakni kita bukan hamba dan berkehendakkan kehendak kita dilaksanakan ibarat hamba menuding tuan.

Berdoa dan Merayu lah kita kepada Nya. Percayalah, Dia Maha Mendengar.
Percaya akan doa yang kita pinta kepada Dia kerana
"Dia seperti yang Kamu sangka".

Jika kita bersangkakan DIA tidak mendengar, maka tidaklah DIA mendengar
Jika kita bersangkakan DIA tidak memakbulkan, maka tidaklah DIA memakbulkan
Jika kita bersangkakan DIA tidak memberi pertolongan, maka tidaklah dia memberi pertolongan

Tidaklah salah jika kita terus berdoa dengan hati yang merayu-rayu, mengadu domba, hingga mengalir air mata yang tulus dari hati yang benar-benar inginkan pertolongan dariNYA.

DOA yang tulus pasti Allah swt dengarkan dan akan makbulkan pada waktu yang DIA sudah ketahui bilakah saatnya yang tepat termakbulnya DOA yang telah kita hajatkan.

Komen dibawah kegusaran kalian dan kita sama-sama berpesan-pesanan.



Comments

Popular Posts