Munajatku, KebesaranMu
1 tahun 6 bulan aku menjejakkan kakiku ke dalam dunia persendirian.
Dugaan yang ku tempuhi sememangnya berat. Jika diketahui orang tambahan lagi keluarga, pandangan serong dan kata-kata hinaan mungkin sampai ke telinga ini.
Setiap hari aku bermohon padaNya agar diberikan perlindungan bagi semua ini, yang mana jika diketahui ramai dari mulutku atau dari mulut orang yang telah tahu, makanya ini sama seperti aibku dibuka.
Terlalu aku memohon dengan Nya agar lindungi aku dan orang-orang yang teraniaya, supaya kami selamat dari segala ancaman yang boleh membuatkan kami dihina dan direndahkan martabat kami sebagai seorang manusia yang sememangnya darjatnya tak dapat disangkal. Keimanan yang kami letakkan sepenuhnya kepadaNya hanya diketahui dan disaksikan oleh Allah dan Rasul.
Aku letakkan redhaku dan penyerahanku hanya pada Allah dan Rasul. Biarlah Dia yang menentukan kehidupanku, kerana keberkatan itu datang apabila kita redha dengan ketentuan yang telah ditetapkan olehNya.
Sungguh luas jika untuk direnungkan kuasaNya.
Pengalaman yang aku lalui perit dari dalam batin hatiku. Aku berperang dengan keadaan yang mengguris hati dan penderaan mental yang agak dahsyat yang biarlah hanya aku dan Dia sahaja apa yang ku rasakan.
Walaupun banyak yang aku lalui dengan sedikit keperitan, akan tetapi sendiri aku mengingatkan diri sendiri, bahawa banyak lagi yang perlu aku tempuhi selagi hayat dikandung badan. Sekiranya kini aku mengalami dugaan yang dahsyat, apatah lagi akan datang, dugaan yang lain juga pasti akan datang tanpa kita duga. Biarlah hanya Tuhan sahaja yang mengatur dan menghitung perjalanan kita akan datang. Tidak berhak kita mempersoalkan susunanNya dan hanyalah kita menghitung apakah kebaikan yang akan Dia akan berikan. Sudah semestinya kebaikanNya, kehebatanNya dan keberkatanNya sudah pasti sampai pada kita yang berserah dan redha.
Comments
Post a Comment